Butiran
Muat Turun Docx
Baca Lebih Lanjut
“Separuh hayatku telah dihabiskan Untuk mencari kasih sayang! Aku ingat aku telah jumpainya, Tetapi aku tidak berhenti!”
Merindui kekasih seseorang... semasa jaga atau dalam mimpi, langit, bunga, gunung dan sungai, malah muzik, penuh dengan kesedihan. Tetapi kegembiraan pertemuan semula akan memampas semua hari sunyi dan pilu.Bunga kuning, bunga biru, Berjalan pada musim panas dalam angan-angan, Mengira bunga, memanggil namamu... Jauh di ufuk, arus pelangi...Berapa batu ke sebelah Barat? Berapa batu ke syurga? Berapa batu ke hatimu? Berapa batu ke hatiku? Bunga musim bunga, bunga Mei, Menyepadukan empat musim. Menjalin semua daun kering pada bulan Ogos, Menghantar kepadamu sebagai ganti kepada surat... Sungai sunyi, anak sungai sunyi, Berjalan pada musim sejuk dlm lamunan, Mengira salji yang turun, memanggil namamu Matahari meninggal di atas bukit untuk Ratu malam...Berapa batu ke musim panas? Berapa batu ke musim bunga? Berapa bulan untuk satu Ogos Keemasan? Berapa hari untuk satu Saat Menyeronokkan? Gunung sunyi, bukit sunyi... Mencari Musim Luruh dalam kesejukan! Menghantar angin ke Branenburg... Membawa kenangan dua belas hari bulan Ogos.Kereta api Rosenheim, kereta api Rosenheim! Bawalah aku jauh dari kesakitan Bawalah aku balik ke kayu merah. Bawalah aku balik ke hujan musim luruh, Bawalah aku pulang ke rumah yang hatiku hasratkan.Antara kurniaan kebahagiaan yang dianugerahkan oleh Tuhan kpd manusia, persahabatan ialah kurniaan berharga yang buat hidup lebih menggembirakan, bererti dan mesra. Dalam persahabatan, orang sering melupakan diri untuk memikirkan orang lain. Persahabatan sejati adalah jarang tetapi apabila mutiara sempurna dalam lautan hidup yang bergelora ini telah ditemui, kita buat dengan baik untuk mengekalkan dan menghargainya. Syukurlah atas keakraban yang membawa kecantikan dan kegembiraan yang berkekalan kepada perjalanan roh ini.Sekarang kami ingin persembahkan persembahan alat muzik sebuah lagu yang digubah oleh Mahaguru Ching Hai yang bertajuk sama, ‘Persahabatan’. Sila nikmatinya.Apa-apa yang mulia dan berharga adalah sukar untuk dijumpai. Memperoleh Kebenaran dan kasih sayang sempurna memang mencabar. Seseorang boleh habiskan seumur hidup tanpa mencapai hasratnya. “Separuh hayatku telah dihabiskan Untuk mencari kasih sayang! Aku ingat aku telah jumpainya, Tetapi aku tidak berhenti!”Separuh hayatku telah dihabiskan Untuk mencari kasih sayang! Aku ingat aku telah jumpainya, Tetapi aku tidak berhenti!Mana boleh aku benar-benar tahu, Dari tebing sejauh itu? Berenang di lautan asing, Penuh dengan batu buntar asing – Begitu sukar hendak cari mutiaraku!Dan hukum pemilikan Yang membunuh dengan kedua-dua hujungnya! Di sini aku lemah dan lumpuh, Terluka dengan kekuatan aku sendiri!Pada sesatu masa, kebanyakan orang rasai perasaan tersisih dalam hidup mereka. Pada waktu ini, kesunyian selalunya kelihatan macam lebih daripada yang dapat kita tahan. Namun begitu, apabila kita temui orang sejiwa untuk berkongsi jatuh bangun kehidupan yang bersifat fana ini, hidup kita berubah dan menjadi penuh dengan kegembiraan dan detik-detik berharga. Mari kita dengar lagu ‘Dan Aku Begitu Cintaimu’.Dan aku begitu cintaimu Orang tanya aku bagaimana Bagaimana aku hidup hingga sekarang Aku beritahu mereka aku tidak tahu Agaknya mereka faham Betapa sunyinya hidup ini Sehingga hidup bermula semula Pada hari kau pegang tanganku.Tetapi aku tahu hidup boleh berapa sunyi. Bayangnya mengikut aku, dan malam hari tidak biarkan aku bebas. Tapi aku takkan biarkan malam hari membuatku muram Sekarang kau ada di sisiku.Dan kau cintaiku juga. Fikiranmu hanyalah untukku, Kau bebaskan jiwaku. Aku gembira dengan kau begitu. Buku hidup adalah singkat Dan setelah satu halaman dibaca Ada satu lagi dunia Itu kepercayaanku.










