Cari
Bahasa Melayu
  • English
  • 正體中文
  • 简体中文
  • Deutsch
  • Español
  • Français
  • Magyar
  • 日本語
  • 한국어
  • Монгол хэл
  • Âu Lạc
  • български
  • Bahasa Melayu
  • فارسی
  • Português
  • Română
  • Bahasa Indonesia
  • ไทย
  • العربية
  • Čeština
  • ਪੰਜਾਬੀ
  • Русский
  • తెలుగు లిపి
  • हिन्दी
  • Polski
  • Italiano
  • Wikang Tagalog
  • Українська Мова
  • Lain
  • English
  • 正體中文
  • 简体中文
  • Deutsch
  • Español
  • Français
  • Magyar
  • 日本語
  • 한국어
  • Монгол хэл
  • Âu Lạc
  • български
  • Bahasa Melayu
  • فارسی
  • Português
  • Română
  • Bahasa Indonesia
  • ไทย
  • العربية
  • Čeština
  • ਪੰਜਾਬੀ
  • Русский
  • తెలుగు లిపి
  • हिन्दी
  • Polski
  • Italiano
  • Wikang Tagalog
  • Українська Мова
  • Lain
Tajuk
Transkrip
Seterusnya
 

Climate Change International Conference, Part 17 of 18

Butiran
Muat Turun Docx
Baca Lebih Lanjut
Dalam episod ini, ahli panel dan audiens bincangkan peranan seniman, media dan pilihan gaya hidup dalam meningkatkan kesihatan, belas kasihan dan kesedaran alam sekitar.

(Kita ada satu set soalan terakhir daripada hadirin. Yang pertama daripada pelagak ngeri profesional, Robert Alonzo.)

Robert: Soalan ini ditujukan kepada Guru Ching Hai dan John Raatz. Bagaimanakah seniman dan penghibur boleh gunakan pengaruh mereka untuk membuat kehidupan suci, memelihara kehidupan yang baik dan bergaya? Adakah selebriti elemen yang penting dalam evolusi kemanusiaan ke arah dunia yang aman damai dan berbelas kasihan? Terima kasih. (Saya biarkan John jawab. (Ya!) Beliau bijak dan hebat.)

John: Terima kasih banyak-banyak. Soalan itu ada banyak bahagian. Secara peribadi, saya rasa dalam budaya khusus kita, kita terlalu banyak menekankan selebriti dan tak cukup menekankan orang seperti Mahaguru yang berada di sana, membuat kerja baik. Ini populasi yang sangat besar dan ada banyak orang yang membuat kerja baik yang tidak diakui. (Benar.)

Sebab itulah saya bercakap tentang peralihan dalam nilai media – kita perlu mula lebih banyak beri hormat kepada orang biasa yang buat kerja baik dan menjadikan mereka sebagai model supaya… Kerana saya tak rasa ada sesiapa di dalam bilik ini yang tidak dapatinya sangat menarik, membantu dan mengilhamkan apabila kita dengar tentang orang, sama ada di India, Afrika, Eropah atau negara (benua) lain yang merupakan individu yang berada di jalanan untuk memikirkan apa-apa saja masalah itu dan berusaha untuk memperbaiknya.

Cara selebriti dapat bantu dalam aspek itu, saya anggap mereka sebagai peralihan kerana sekarang banyak orang masih beri perhatian kepada selebriti. Sehingga kita alihkan kesedaran dan orientasi kita kepada apa yang kita benar-benar hargai, selebriti boleh berada di sana untuk memberi persetujuan mereka, boleh kata begitu. Saya boleh berikan satu contoh. Kawan saya, Jim Carrey, berada di barisan depan dalam aktivisme. Dia penyokong kuat Aung San Suu Kyi dan berusaha sekarang. Saya tak tahu akan ini sebelumnya tapi barangkali sesetengah drpd kalian tahu bahawa tanaman padi menyumbang kepada jumlah metana yang besar dalam alam sekitar. Sekarang Jim mengusahakan sesuatu jenis projek padi yang akan hasilkan sejenis padi yang tak begitu banyak melepaskan gas dan menyumbang kepada masalah metana.

Jadi selebriti adalah berharga dari segi memberi, pada ketika ini, sejenis persetujuan. Tapi saya rasa, sekali lagi, kita perlu hentikan itu secara berperingkat membuat kita semua dan orang lain di seluruh dunia yang merupakan saudara yang melakukan kerja ini menjadi tumpuan orang lain.

(Soalan yang seterusnya datang daripada Spice Williams-Crosby.)

Spice: Saya Spice Williams-Crosby. (Hai!) Selain menjadi pelakon, pelagak ngeri dan ahli seni bela diri, dah 30 tahun saya seorang vegan organik yang gabungan makanan. (Wau!) Saya juga ahli bina badan vegan pertama yang mencangkung dengan berat 315 paun (~ 143 kilogram) dan tolak di atas bangku 235, bebas dadah dan bebas haiwan. (Wau, wau!) Ia dapat dilakukan. (Lihatlah dia.)

Guru Ching Hai, Apa khabar? (Halo.) Saya ingin membuat kenyataan dulu bahawa Amerika adalah nombor satu dalam kanser, penyakit jantung, diabetes, obesiti dan osteoporosis. Rawatan perubatan di negara kita ialah pembunuh ke-3 terbesar. Saya percaya bahawa penyakit muncul daripada persekitaran yang toksik tetapi FDA, syarikat farmaseutikal dan syarikat makanan kita terus mencemarkan dunia kita dan badan kita dengan kononnya bahan kimia yang diluluskan, semuanya atas nama sains. Saya ingin memperkenalkan anak saya, Luke Gregory Crosby dan dia akan tanya soalan.

Luke: Halo, nama saya Luke Gregory Crosby. Saya cicit kepada Bing Crosby. (Wau! Halo.) Saya berusia 13 tahun. Saya telah menjadi vegan sepanjang hidup saya. (Wau!) Saya pelajari seni bela diri, shotokan (karate Jepun). Saya tak pernah divaksin dan apa-apa tetapi ketika berumur 18 bulan, saya dijangkiti virus Coxsackie daripada seorang kanak-kanak yang baru divaksin. Daripada itu, saya hidapi Diabetes Jenis 1. Tapi soalan saya adalah: Menjadi orang vegan memastikan gula darah semua pesakit diabetes terlaras – mengapa doktor tidak beritahu orang, seperti pesakit diabetes, contohnya, tentang diet vegan untuk memastikan gula darah mereka terlaras?

Master: Luke yang menawan, saya turut bersimpati. Kamu tak perlukan vaksinasi tetapi orang lain yang divaksin malah boleh menjangkiti kamu dengan masalah diabetes ini. Betul kata-katamu, Luke, saya rasa doktor harus beritahu semua pesakit tentang kebaikan menjadi vegan untuk menyembuhkan diabetes dan mencegah perkembangan selanjutnya. Tetapi mungkin mereka tidak, atau sesetengah drpd mereka buat begitu atau mungkin kebanyakan drpd mereka tidak, saya rasa. Mungkin mereka tak tahu, Luke. Mungkin mereka tak tahu akan diet vegan yang membantu penghidap diabetes.

Mungkin veganisme masih belum begitu mengikut fesyen seperti seluar jean Jadi apa yang kita buat adalah kita boleh paparkan ini di tapak sesawang di SupremeMasterTV.com untuk orang lihat. Kamu sendiri, atau sesiapa saja di sini atau di luar, paparkanlah ini di tapak sesawang kalian sebagai maklumat untuk penghidap diabetes supaya mereka tahu bahawa mereka dapat menyembuhkan diri dengan jadi vegan. Terima kasih, Luke, atas maklumat yang baik ini. Kamu sendiri kelihatan menawan. Ibumu pasti bangga.

Dr. Cousens: Ada sebuah buku yang baru diterbitkan tahun ini yang saya tulis, bertajuk ‘Terdapat Penawar untuk Diabetes’. Ya, kami bercakap tentang veganisme tetapi sebenarnya kami bercakap – dengan cara pantas – veganisme makanan hidup di mana kita membalikkannya dalam masa 21 hari. (Wau!)

(Adakah kamu maksudkan Jenis 1?) Jenis 2. Jenis 1, apa yang kami lihat, umumnya, sekurang-kurangnya penurunan 75% dalam keperluan terhadap insulin dengan diet ini. Jadi itu sangat signifikan kerana insulin ada banyak masalah. Sekarang hanya untuk seronok-seronok, saya ingin nyatakan bhw Gabriel di sini telah selama 25 tahun makan makanan hidup 99% hingga 100%. Ketika saya kapten pasukan bola sepak yang tak terkalahkan yang makan daging, saya dapat lakukan 70 tekan tubi. Pada usia 60 tahun, lima tahun yang lalu, saya lakukan 601 tekan tubi dan jauh lebih fleksibel. Jadi ada sesuatu yang boleh dikatakan tentang kesan lebih daripada antipenuaan jenis diet ini. Sekarang saya ingin bercakap tentang vaksinasi untuk seketika. Ia hanyalah sebahagian daripada budaya kesedaran. Punca utama polio – dan telah diakui oleh orang yang membuat vaksinnya – sebenarnya ialah vaksinnya. (Oh!!!)

Mereka mereka-reka ini bahawa semua orang perlu divaksin. Sebenarnya orang boleh dijangkiti terutama virus SV40, saya tak nak kata dengan terlalu teknikal, daripada orang lain. Ia merupakan virus penyebab kanser. Kemudian satu pembetulan: punca utama kematian hari ini ialah perubatan iatrogenik, nombor satu, bukan nombor tiga. Carolyn Dean telah menulis sebuah buku tentang itu. Jadi kita perlu sedar akan itu. Tetapi perkara utama kembali kepada perinciannya. Saya juga akan berkata bahawa vaksinasi meningkatkan kadar kita – menurut kajian yang dijalankan di Finland dan Denmark – lebih kurang, saya tak suka katakan ini, 147% mendapat Diabetes Jenis 1.

Sekarang kami telah lihat penyembuhan. Kami ada empat atau lima kes diabetes Jenis 1 yang disembuhkan sepenuhnya. Dalam filem kami yang diterbitkan, iaitu ‘Hanya Makan Secara Mentah’, terdapat pembalikan diabetes – sebenarnya kami ada seseorang yang disembuhkan dengan filem kami. Itu tak dijangkakan tetapi kami ada empat atau lima kes. Kita tak dapat katakannya dgn konsisten – tetapi Diabetes Jenis 2, kita maksudkan 95% daripada orang membalikkannya dalam masa 21 hari, mungkin enam minggu, tiga bulan. Jadi ini sangat menguja kerana kita aktifkan gen anti-penuaan dan anti-diabetes dengan cara ini. Veganisme adalah baik. Makanan hidup jauh lagi baik. Kami ada segala maklumat itu dalam buku ‘Terdapat Penawar untuk Diabetes’.

Tapi perkara penting ialah veganisme merupakan salah satu cara utama untuk mencegah diabetes. Pemakanan daging meningkatkan kadar diabetes kira-kira 3.8 hingga 4 kali ganda. Jadi kita perlu ingat akannya. Tapi sekali lagi, ini gejala cara hidup budaya kematian, seperti vaksinasi. Kita semua bercakap tentang mengalihkan kesedaran yang nyatakan, “Hei, kita bersatu dengan planet hidup! Kita mula membuat perkara dengan cara semula jadi,” atau lagi baik, kita panggilnya, “Kita berhenti melakukan jenayah terhadap kebijaksanaan.” Veganisme ialah suatu cara hidup di mana kita tidak wujudkan jenayah terhadap kebijaksanaan yang wujudkan pemanasan global dan memang wujudkan jumlah penyakit kronik yang besar di planet ini. Terima kasih kerana tanya soalan ini.

(Terima kasih banyak-banyak atas soalan (Terima kasih.) yang begitu menarik dan jawapan yang menarik. Kita ada satu soalan terakhir daripada hadirin. Itu akan datang daripada Lance Webster.)

Lance Webster: Terima kasih, sini. Saya Lance Webster, Pentadbir bagi Pejabat Komunikasi Bumi. Dari awal tahun 1990-an hingga beberapa tahun yang lalu, kami telah terbitkan satu siri pengumuman khidmat awam yang disaksikan oleh lebih sebilion orang di seluruh dunia, dalam kebanyakan bahasa utama Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, tentang isu alam sekitar. Soalan saya adalah: Jika kami perlu menerbitkan lebih banyak bahan, atau jika media pada umumnya perlu berfokus pada bidang tertentu, saya ingin minta setiap daripada tiga ahli panel supaya katakan secara ringkas apa yang kalian syorkan untuk fokus media? Itu bolehlah isu kerajaan, bolehlah isu teknologi, bolehlah isu ekonomi atau isu kerohanian atau gabungannya. Bolehkah setiap drpd kalian ungkapkan, dengan ringkas sekali, ke arah mana kalian rasa media harus tujui untuk mewujudkan jenis perubahan yang perlu kita lihat di dunia ini?

Dr. Cousens: Baiklah. Jadi perkara pertama yang kita nak sentuh – dan ia memang bermula dengan apa yang John katakan – terdapat satu lagi media dan media itu ialah frekuensi DNA kita sendiri. Itu internet DNA. Apabila kita sedar, kita menyampaikan suatu tahap kesedaran, pengalaman holografik realiti yang lebih dalam. Jadi apabila kita wujudkan pengalaman holografik kedamaian di dalam diri kita, ia tersebar ke seluruh planet. Sebenarnya itu malah pengaruhi jumlah tompok matahari. Apabila orang bermeditasi, semasa setiap ekuinoks dan solstis, apa yang benar-benar berlaku ialah tompok matahari berkurangan 36%. Jadi janganlah berfikir bahawa kita ada media yang paling berkuasa. Ia di dalam diri kita dan merupakan frekuensi DNA kita. Ia datang daripada keadaan kesedaran kita. Hati dan minda kita menjadi satu. Jadi itu media terbaik.

Kesedaran orang yang wujudkan medialah yang perlu berubah. Apabila kita ada orang seperti John Raatz yang telah menjadi macam itu untuk seketika, itu sangat baik. Kita perlukan lebih banyak orang dalam media yang masuk dengan kesedaran dan mengekalkan kesedaran itu. Kerana sebenarnya ada begitu banyak orang – dan itu apa yang ditunjukkan oleh karya John Raatz – yang ingin mendapat pemahaman yang lebih mendalam tetapi disebabkan oleh keperluan ekonomi, iaitu kekayaan bagi segelintir orang dan kesihatan yang buruk bagi banyak orang, mereka tidak benarkan kebenaran itu terbongkar.

Tetapi jika kita ada media yang diilhami secara spiritual dan diilhami Tuhan, ia tetap akan melakukan ini kerana ia akan dapat menyampaikan kebenaran itu di setiap peringkat. Jadi selain topik tertentu, kebenaran akan disampaikan di peringkat kesedaran, apa-apa pun topik yang kita bincangkan.

Photo Caption: “Semua Orang Harus Bekerja dengan Sumber Kemampanan untuk Memelihara Hidupan di Bumi”

Muat turun Foto   

Saksikan Lebih Banyak
Semua bahagian (17/18)
1
Kata-kata Hikmah
2026-04-13
2360 Tontonan
2
Kata-kata Hikmah
2026-04-14
2336 Tontonan
3
Kata-kata Hikmah
2026-04-15
2267 Tontonan
4
Kata-kata Hikmah
2026-04-16
2348 Tontonan
5
Kata-kata Hikmah
2026-04-17
2316 Tontonan
6
Kata-kata Hikmah
2026-04-18
2289 Tontonan
7
Kata-kata Hikmah
2026-04-20
2232 Tontonan
8
Kata-kata Hikmah
2026-04-21
2147 Tontonan
9
Kata-kata Hikmah
2026-04-22
2134 Tontonan
10
Kata-kata Hikmah
2026-04-23
2148 Tontonan
11
Kata-kata Hikmah
2026-04-24
2165 Tontonan
12
Kata-kata Hikmah
2026-04-25
2054 Tontonan
13
Kata-kata Hikmah
2026-04-27
1721 Tontonan
14
Kata-kata Hikmah
2026-04-28
1425 Tontonan
15
Kata-kata Hikmah
2026-04-29
1064 Tontonan
16
Kata-kata Hikmah
2026-04-30
826 Tontonan
17
Kata-kata Hikmah
2026-05-01
696 Tontonan
18
Kata-kata Hikmah
2026-05-02
517 Tontonan
Saksikan Lebih Banyak
Video Terkini
Berita Wajar Diberi Perhatian
2026-05-03
309 Tontonan
Siri Ramalan Silam tentang Planet Kita
2026-05-03
673 Tontonan
Antara Guru dengan Anak Murid
2026-05-03
822 Tontonan
Berita Wajar Diberi Perhatian
2026-05-02
1 Tontonan
Kata-kata Hikmah
2026-05-02
517 Tontonan
Lagu, Gubahan, Puisi dan Persembahan Mahaguru Ching Hai (vegan)
2026-05-02
569 Tontonan
Kongsi
Berkongsi Ke
Benamkan
Bermula pada
Muat Turun
Telefon Bimbit
Telefon Bimbit
iPhone
Android
Menonton di Pelayar Telefon Bimbit
GO
GO
Aplikasi
Imbas kod QR atau pilih sistem telefon yang betul untuk muat turun
iPhone
Android
Prompt
OK
Muat Turun