Cari
Bahasa Melayu
  • English
  • 正體中文
  • 简体中文
  • Deutsch
  • Español
  • Français
  • Magyar
  • 日本語
  • 한국어
  • Монгол хэл
  • Âu Lạc
  • български
  • Bahasa Melayu
  • فارسی
  • Português
  • Română
  • Bahasa Indonesia
  • ไทย
  • العربية
  • Čeština
  • ਪੰਜਾਬੀ
  • Русский
  • తెలుగు లిపి
  • हिन्दी
  • Polski
  • Italiano
  • Wikang Tagalog
  • Українська Мова
  • Lain
  • English
  • 正體中文
  • 简体中文
  • Deutsch
  • Español
  • Français
  • Magyar
  • 日本語
  • 한국어
  • Монгол хэл
  • Âu Lạc
  • български
  • Bahasa Melayu
  • فارسی
  • Português
  • Română
  • Bahasa Indonesia
  • ไทย
  • العربية
  • Čeština
  • ਪੰਜਾਬੀ
  • Русский
  • తెలుగు లిపి
  • हिन्दी
  • Polski
  • Italiano
  • Wikang Tagalog
  • Українська Мова
  • Lain
Tajuk
Transkrip
Seterusnya
 

Climate Change International Conference, Part 16 of 18

Butiran
Muat Turun Docx
Baca Lebih Lanjut
Dalam episod ini, Scott Badenoch (vegan ), Ketua Pegawai Eksekutif Creative Citizen, menekankan kepentingan kemampanan dalam kehidupan harian dan peranan penting kerjasama global dan media digital dalam memerangi perubahan iklim.

Master: Mereka orang yang menawan, hari ini, kan? (Ya.) Kalian kumpulkan semua orang yang menawan. Saya begitu gembira mengenali mereka. Terima kasih, Jane. Itu pasti tarikanmu. Kamu seperti magnet. (Terima kasih banyak-banyak, Mahaguru.)

MC: Jane Velez-Mitchell: Sekarang kita beralih kepada mungkin orang yang paling menawan pada hari ini kerana beliau paling lama menunggu untuk bercakap. (En. Badenoch.) Scott Badenoch, Ketua Pegawai Eksekutif Creative Citizen. Silakan.) (Wau!)

Scott Badenoch: Terima kasih. (Selamat datang.) Saya ingin ucapkan terima kasih kepada semua orang sekali lagi atas kesabaran. Hari ini jelasnya hari yang sangat informatif. Adalah ironik kita berada di Hollywood sini, tanah dialog plot drama di mana kita ada dialog plot yang paling dramatik dalam sejarah manusia. Sekarang waktu yang agak menarik untuk hidup. Perubahan iklim, pada hakikatnya, ialah isu yang paling kritikal dalam sejarah spesies kita. Kita sama ada akan berevolusi atau mengikut jejak dinosaur. Saya lebih suka ini dalam filem daripada dalam hidup nyata juga tetapi sebenarnya – dan jika kalian lihat segala data sains dari atas ke bawah – ini bukanlah masalah jangka masa 50 hingga 100 tahun. Ini adalah tiga hingga lima tahun.

Jadi masa utk bertindak adalah sekarang. Masa untuk perubahan holistik besar-besaran adalah sekarang. Jadi apa yang ingin saya katakan ialah setiap aspek masyarakat kita akan difikirkan semula dari sudut pandangan kemampanan. Jadi ini bukan hanya soal menjadi orang vegan. Ini soal fikirkan semula setiap perkara yang kita buat dalam kehidupan harian, dalam perniagaan, di rumah, di pejabat, dalam setiap aspek kehidupan kita. Jika kita tidak buat begitu, kita takkan menyelesaikan masalah ini.

Apa di hujung pinggan kita adalah sangat penting. Sekarang sementara kita ada masalah terbesar dalam sejarah manusia, kita juga ada alat yang terbaik dalam sejarah manusia, iaitu internet. Jadi alat yang mengumpulkan keupayaan untuk bekerjasama, memobilisasi dan menyebar ini boleh menjadi ‘penyelamat’ bagi spesies manusia kita. Sebenarnya ini aset terbesar pada tempoh peralihan ini yang kita ada di mana bekerja bersama sekarang adalah lebih senang drpd dulu. Jadi kenyataan tesisnya ialah kita mesti ubah masyarakat kita daripada yang bertentangan dgn alam semula jadi kepada yang sejajar dengannya. Nasib baik, jika ada kaedah untuk berbuat demikian, itu adalah melalui metodologi akar umbi yang telah kita semua wujudkan selama berdekad-dekad dan sekarang kita ada mekanisme utk benar-benar lakukannya.

Jadi kita lihat kejayaan yang berlaku dalam ruang ini. Contohnya, Wikipedia. Wikipedia sekarang capai 683 juta orang pengunjung setiap tahun – dua kali ganda Amerika Syarikat. Mereka ada lebih sepuluh juta rencana dalam 253 bahasa. Semua ini berlaku dalam masa tujuh tahun. Ini tak pernah berlaku dahulu dalam sejarah manusia. Ini perkara yang benar-benar serius. Ia juga terbukti lebih tepat daripada ensiklopedia statik seperti Encarta dan Ensiklopedia Britannica kerana ia boleh dikemas kini mengikut masa. Jadi sistem lama menjadi ketinggalan zaman.

Sekarang kita lihat media sosial seperti Facebook dan MySpace. Banyak kali ia diejek sebagai mainan atau benda kanak-kanak tetapi keupayaannya untuk mobilisasikan dan menyatukan spesies manusia melalui mekanisme seperti itu memang tinggi. Kita lihat Facebook – ia ada lebih 80 juta orang pengguna dalam tempoh empat tahun. Lapan puluh juta orang dalam masa empat tahun, ini bukan perkara kecil. Kemudian kita lihat MySpace. Mereka ada lebih 150 juta orang pengguna dalam masa lima tahun. Mereka ada 200,000 pengguna baharu setiap hari. Dua ratus ribu orang pengguna baharu setiap hari – ini sangat besar. Kita lihat YouTube. Mereka ada lebih 100 juta video, beri keupayaan untuk menyebarkan maklumat dan idea pada tahap kejayaan yang baharu.

Jadi dengan gunakan model itu, terciptanya creativecitizen.com. Saya ingin panggilnya sebagai ‘Wiki untuk kehidupan hijau’. Jadi apa yang kita lihat ialah peningkatan drastik dalam kesedaran orang ramai bahawa ada masalah besar yang dipanggil perubahan iklim, kesusutan sumber – apa-apa saja yang kita nak panggilnya. Sebagai suatu spesies, kita telah melebihi bekalan di planet ini. Jadi apa yang kita nak buat? Ada banyak perkara yang boleh kita buat. Jadi misi kami sebagai creativecitizen.com adalah membekali komuniti pada umumnya dengan alat untuk segera menyebarkan penyelesaian kreatif yang dapat dilakukan dan ketara untuk kehidupan yang lebih mesra alam.

Penyelesaian kreatif ialah apa-apa saja dari produk dan perkhidmatan ke tabiat yang tidak memerlukan kos. Jadi apa yang kami buat adalah tunjukkan kepada kalian kebaikan ketara cara-cara ini dari tutup paip air ketika menggosok gigi ke memasang panel suria dan segalanya di antaranya. Sekali lagi, setiap aspek kehidupan kalian boleh difikirkan semula dengan penyelesaian yang kreatif. Jadi apa yang kami lakukan adalah juga bantu kalian jejakinya dari segi lima kategori: bahan buangan, air, tenaga, pelepasan gas dan wang – penjimatan sebenar yang terhasil daripada cara-cara ini supaya seluruh cara mesra alam ini tak begitu menyinggung perasaan orang.

Ia mula menjadi masuk akal apabila kalian dapati bahawa tutup paip air ketika menggosok gigi yang sangat mudah, menjimatkan 3,000 gelen setahun per orang. Itu bukan jumlah yang kecil. Kalian mengekstrapolasi itu kali empat orang dalam keluarga – kalian mendapat 12,000 gelen air. Ini penjimatan sebenar.

Sekrg jika kalian lakukan 20, 30, 50 cara seperti ini yang tidak memerlukan kos, kesudahannya kalian jimatkan jumlah yang besar yang kurangkan banyak kereta di jalan raya – lebih banyak kereta yang sebenarnya kalian gunakan dalam kehidupan harian – kesudahannya kalian jimatkan AS$500, AS$1000, AS$5000 setahun daripada sumber yang akan kalian bazirkan. Sekarang kami mula sentuh demografik. Jadi apa yang tertinggal dalam pasaran ini adalah belum ada suatu cara untuk orang ambil tindakan yang boleh dilakukan sekarang. Itu tujuan creativecitizen.com diwujudkan. Sekarang kembali kepada menjadi vegan. Hakikatnya, jika kalian hanya buat satu perkara saja dalam kehidupan harian untuk menjadi lebih mesra alam, iaitu menjadi vegan, benar-benar vegan.

Memetik kata-kata seseorang yang kita semua rasa sangat bijak – Albert Einstein: “Tiada apa-apa yang akan beri manfaat kpd kesihatan manusia dan meningkatkan peluang untuk kelangsungan hidup di Bumi sebanyak evolusi kepada diet vegetarian.” Ini Albert Einstein: “Tiada apa-apa yang akan beri manfaat kpd kesihatan manusia dan meningkatkan peluang untuk kelangsungan hidup di Bumi sebanyak evolusi kepada diet vegetarian.” Apa lagi yang perlu dikatakan? Sekarang ada banyak cara yang berlainan untuk menyebarkan maklumat ini kepada orang ramai.

Buku Dr. Tuttle, ‘Diet Keamanan Dunia’ memang sangat baik. Buku David Gershon, ‘Diet Rendah Karbon’ sangat baik juga. Saya cadangkan agar kalian pilih satu atau dua daripada itu. Hakikatnya, daging menyara segelintir orang dengan korbankan banyak orang. Sementara kita boleh beri makan kepada diri sendiri dan orang lain dengan bijirin, sebaliknya kita berikan bijirin kepada lembu. Ini tak masuk akal. Antara statistik yang dikatakan hari ini yang memang penting ialah 16 paun (~ 7.26 kilogram) bijirin digunakan untuk hasilkan satu paun (~ 0.45 kilogram) daging. Itu bukan persamaan yang baik. Idea yang saya mahu orang benar-benar pertimbangkan adalah bagi setiap hidangan daging yang kita duduk di meja makan dan makan, bijirin yang digunakan untuk diberikan kepada haiwan yang hasilkan daging itu boleh diberikan kepada 45 hingga 50 orang. Jadi apabila kalian duduk dan lihat satu hidangan – satu burger di satu restoran itu – fikirlah 45 atau 50 orang yang ada mangkuk kosong berdiri di sekeliling kalian, lapar. Itu benar-benar apa yang berlaku. Tiada tanggapan tak berkaitan lagi. Fakta paling jelas yang saya rasa pernah saya baca atau temui dan sebenarnya Mahaguru telah sebut tadi, di Amerika sahaja, jumlah bijirin yang digunakan untuk diberikan kpd lembu di Amerika sahaja akan boleh diberikan kpd 840 juta orang. Itu lebih banyak daripada seluruh populasi orang yang kebulur di planet ini.

Jadi biar kita menerima ini. Di Amerika sahaja, hanya lembu yang kita beri makan dengan bijirin akan menyelesaikan kebuluran di seluruh dunia Jadi idea bahawa apa yang berada di atas pinggan adalah tidak penting dan tidak berkaitan tidak boleh wujud lagi. Jadi apa yang kami lakukan di Creative Citizen adalah – terutama untuk orang Amerika – pendekatan berperingkat untuk menjadi orang vegan adalah sangat penting. Saya telah menjadi vegetarian selama lima tahun setengah dan membesar di Chicago. Memang sukar nak tidak makan daging apabila kita tinggal di tempat seperti Chicago, jadi saya hentikannya secara perlahan-lahan, sebenarnya tak begitu perlahan, tetapi hakikatnya saya ambil langkah untuk capainya. Jadi apa yang kami ada di Creative Citizen ialah penyelesaian kreatif yang berbeza yang boleh orang lakukan berkaitan amalan diet berasaskan tumbuhan.

Pertama sekali, kurang makan daging lembu. Kalian tak perlu hentikan segalanya dengan serta-merta. Kurang makan daging lembu, kemudian seterusnya tidak makan daging lembu. kemudian seterusnya makan ikan saja, kemudian seterusnya adalah vegetarian sepenuh, kemudian akhirnya vegan. Jadi ini ialah – khususnya bagi orang Amerika yang telah berakar umbi dalam diet berasaskan daging – ini ialah cara orang dapat benar-benar keluar daripada perangkap itu dan amalkan gaya hidup yang sihat, dan pada masa yang sama jimatkan jumlah sumber yang tidak terkira untuk manusia yang selebihnya. Ini cara untuk bantu kalian sedar bahawa sebenarnya kalian tak perlu makan daging. Ini memang halangan mental yang paling sukar untuk diatasi oleh orang.

Jadi ringkasnya, saya memang ingin bawa kita kembali kepada realiti bahawa ada kuasa ke atas tumbuhan dan haiwan bermakna pengawasan. Itu definisi sebenar. Itu terjemahan sebenar perkataan itu. Itu pengawasan. Itu bukan bunuhnya, makannya dan musnahkannya. Selain itu, veganisme ialah sesuatu yang sangat baik kepada alam sekitar. Tetapi ada jumlah penyelesaian kreatif yang tidak terbatas yang boleh kalian gunakan dalam kehidupan harian. Sekarang sudah tiba masanya untuk bangsa manusia bertindak. Kita tak boleh tunggu kerajaan. Kita tak boleh tunggu perniagaan besar. Kita tak boleh tunggu jiran kita. Kita mesti mulakan sekarang juga. Sudah tiba masanya untuk individu, setiap satu daripada kita bangkit dan buat perubahan itu. Setelah kita buat begitu secara individu, seorang demi seorang, seluruh dunia akan berubah.

Jadi saya galakkan kalian supaya kunjungi creativecitizen.com dan benar-benar mula menerapkan amalan ini ke dalam kehidupan dan menyedari bahawa ada begitu banyak perkara yang tak boleh diterima jika berkata, “Ia terlalu besar bagi saya dan saya tak dapat lakukannya.” Ini setiap aspek kehidupan kalian dan kalian dapat lakukannya. Secara terus terang, kita mesti.

Master: Ya, kita mesti. Seperti yang dikatakannya, kita mesti lakukannya. Sama ada itu atau kita akan binasa. Terima kasih. (Terima kasih banyak-banyak, Mahaguru. Terima kasih.)

Photo Caption: “Kita Semua Ada Inti Pati yang Sama”

Muat turun Foto   

Saksikan Lebih Banyak
Semua bahagian (16/18)
1
Kata-kata Hikmah
2026-04-13
2360 Tontonan
2
Kata-kata Hikmah
2026-04-14
2336 Tontonan
3
Kata-kata Hikmah
2026-04-15
2267 Tontonan
4
Kata-kata Hikmah
2026-04-16
2348 Tontonan
5
Kata-kata Hikmah
2026-04-17
2316 Tontonan
6
Kata-kata Hikmah
2026-04-18
2289 Tontonan
7
Kata-kata Hikmah
2026-04-20
2232 Tontonan
8
Kata-kata Hikmah
2026-04-21
2147 Tontonan
9
Kata-kata Hikmah
2026-04-22
2134 Tontonan
10
Kata-kata Hikmah
2026-04-23
2148 Tontonan
11
Kata-kata Hikmah
2026-04-24
2165 Tontonan
12
Kata-kata Hikmah
2026-04-25
2054 Tontonan
13
Kata-kata Hikmah
2026-04-27
1721 Tontonan
14
Kata-kata Hikmah
2026-04-28
1425 Tontonan
15
Kata-kata Hikmah
2026-04-29
1064 Tontonan
16
Kata-kata Hikmah
2026-04-30
826 Tontonan
17
Kata-kata Hikmah
2026-05-01
696 Tontonan
18
Kata-kata Hikmah
2026-05-02
517 Tontonan
Saksikan Lebih Banyak
Video Terkini
Berita Wajar Diberi Perhatian
2026-05-03
309 Tontonan
Siri Ramalan Silam tentang Planet Kita
2026-05-03
673 Tontonan
Antara Guru dengan Anak Murid
2026-05-03
822 Tontonan
Berita Wajar Diberi Perhatian
2026-05-02
1 Tontonan
Kata-kata Hikmah
2026-05-02
517 Tontonan
Lagu, Gubahan, Puisi dan Persembahan Mahaguru Ching Hai (vegan)
2026-05-02
569 Tontonan
Kongsi
Berkongsi Ke
Benamkan
Bermula pada
Muat Turun
Telefon Bimbit
Telefon Bimbit
iPhone
Android
Menonton di Pelayar Telefon Bimbit
GO
GO
Aplikasi
Imbas kod QR atau pilih sistem telefon yang betul untuk muat turun
iPhone
Android
Prompt
OK
Muat Turun