Butiran
Muat Turun Docx
Baca Lebih Lanjut
Dalam episod ini, penceramah bincangkan kesedaran spiritual dan media sebagai wadah untuk perubahan global yang positif. (Dr. Gabriel Cousens ada soalan untuk Mahaguru tak?) (Ya, sebenarnya saya ada. Kita faham bahawa veganisme jelasnya ialah perubahan gaya hidup yang besar. Apakah perubahan gaya hidup dan kesedaran lain yang akan Guru syorkan – satu lagi yang akan Guru syorkan sebagai yang paling penting untuk membuat perubahan itu dalam budaya hidup?) Master: Terima kasih, Dr. Cousens. Kamu dah tahu, veganisme hanyalah salah satu daripada aspek kehidupan kita. Yang seterusnya, bersama dengan veganisme, kita juga harus kembangkan amalan spiritual. Kemudian lagi banyak kita mendalami Diri agung kita lagi banyak pengetahuan yang kita ada, lagi banyak kebijaksanaan yang akan kita peroleh. Kemudian tiada sesiapa yang perlu beritahu kita apa-apa pun. Kita akan menuju ke arah yang betul dalam hidup. Kemudian setelah kita menuju ke arah yang betul, segalanya yang lain akan menjadi betul. Jadi kehidupan spiritual sangat penting tetapi saya khuatir barangkali itu fasa seterusnya selepas veganisme. Pertama sekali, orang perlu buka hati mereka untuk jadi berbelas kasihan terhadap semua makhluk bermakna meninggalkan pemakanan daging (orang-haiwan) dan kembali kepada cara hidup yang mulia, diet vegan. Kemudian selepas itu, hati mereka akan menjadi lagi terbuka, kemudian seterusnya barangkali kita boleh cadangkan lebih banyak perkembangan spiritual. Meskipun mereka tidak mahukan perkembangan spiritual itu sendiri, selepas menjadi vegan untuk seketika, mereka akan dinaikkan dari segi rohani juga. Mungkin mereka akan ingin mencari lebih banyak pemahaman tentang subjek ini dan mendalami makrifat. Itu apa yang saya harapkan dan apa yang saya rasa. (Kita berbesar hati adanya bersama kita hari ini, John Raatz, promoter filem yang terkenal serta pengasas Visioneering Group dan Perikatan Global untuk Hiburan Transformasi.) (Beritahulah kami bagaimana kamu membentuk dunia, John, dari segi cara kanu gunakan media untuk cuba membawa mesej keamanan dan belas kasihan?) Jane: Terima kasih. Pertama sekali, saya ingin ucapkan terima kasih kepada semua orang kerana berada di sini hari ini. Saya sangat rendah diri kerana berada di depan kesedaran dan kehadiran yang begitu mengagumkan. Sekarang waktu yang memang menguja kerana sifat media telah berubah. Orang ialah media hari ini. Kita tidak lagi hanya bergantung kepada televisyen, radio, surat khabar dan seumpamanya untuk maklumat tetapi kita bergantung pada sesama kita, yang paling penting. Istilah teknikalnya ialah ‘pemasaran dari mulut ke mulut’. Ini paling baik tetapi juga paling sukar dicapai. Saya rasa itu sesuatu yang orang sebut hari ini. Bagaimana kita melaksanakan banyak idea yang kita katakan hari ini? Pada 1991, syarikat saya berbangga untuk membuat filem yang bertajuk ‘Perjalanan Minda’ yang mungkin sesetengah daripada kalian tahu. Ya, itu sebuah filem yang baik. ‘Perjalanan Minda’ dipanggil sebagai versi ekospiritual ‘Makan Malam Saya Bersama Andre’. Ia menerokai sejenis ‘pandangan sistem’ tentang dunia. Apabila saya memikirkan pembentangan ini hari ini, saya menarik keluar skripnya kerana saya teringat akan satu baris daripada filem ini. Baris itu ialah “Menyembuhkan Alam Semesta ialah kerja dalaman.” Saya ubahnya kepada ‘Menyembuhkan alam sekitar ialah kerja dalaman.’ Kerana bagi saya, idea itu ekspresikan hubungan antara keadaan dalaman atau kesedaran kita dengan perubahan, tanggungjawab peribadi dan perbuatan di dunia luar. Saya anggap media sebagai sejenis hubungan yang dapat hubungkan dua itu dan memudahkan ini. Jadi kami terlibat dalam pemasaran beberapa buah filem seperti ‘Bunyi Blip Apa yang Kita Tahu?’, ‘Pahlawan Damai’, ‘Saat-saat Akhir’ dan filem terakhir Francis Ford Coppola, ‘Zaman Muda Tanpa Zaman Muda’ yang memang suatu karya yang luar biasa. Kami dapati beberapa tahun belakangan ini terdapat minat yang begitu besar terhadap media ‘transformasi’. Saya gunakan istilah ‘media’ dalam erti kata yang paling luas dan paling dalam. Jadi kami bekerja secara perlahan-lahan dalam Hollywood untuk cuba bantu Hollywood faham bahawa sebenarnya terdapat penonton untuk filem dan rancangan televisyen khususnya. Ketika ‘Bunyi Blip Apa’ baru dibeli, setiap pengedar di Hollywood berkata, “Tidak, tiada pasaran untuk filem ini.” “Tiada sesiapa yang akan bayar $5 untuk saksikannya.” Pendirian kami ialah, “Hanya kerana kamu tidak tahu akan penontonnya tidak bermakna kami tidak wujud.” Mereka kata, “Buktikannya.” Jadi kami buat begitu. Selepas jualan terlaris sebanyak beberapa juta dolar, dah tentu pengedar datang mengetuk pintu dan berkata, “Kami boleh bekerja bersama kamu sekarang.” Akhirnya kami bekerja bersama pengedar. Saya rasa salah satu sebab bagi itu adalah kerana adalah penting membina hubungan dengan media, sama ada itu pengedar, syarikat televisyen atau seumpamanya. Kita perlu mula membawa kesedaran kita, daya kederiaan kita terhadap ini ke dalam arus perdana. Banyak orang tidak sedar tetapi media beroperasi mengikut satu set nilai. Salah satu nilai itu dilambangkan oleh ungkapan ‘Jika ia berdarah, ia memimpin.” Kenegatifan ialah salah satu nilai media yang utama, begitu juga dengan selebriti – kita hidup dalam budaya berorientasikan selebriti. Ini ialah jenis nilai yang dipromosikan oleh media dan kita semua perlu berusaha untuk bantu memupuk dan memudahkan satu set nilai media yang baharu. Ada satu ungkapan yang menarik, “Hanya benih baharu akan hasilkan tanaman baharu.” Jika kita mahu media mula mengekspresikan idea baharu, visi baharu, model baharu, maka kita perlu menjadi orang yang bawa ini kepada mereka. Ketika saya mulakan 20 tahun yang lalu, saya mengetuk pintu media dan kemukakan idea seperti meditasi, yoga, vegetarianisme, alam sekitar, saya agak pasti bahawa mereka rasa saya adalah dari planet lain, seperti banyak orang hari ini. Tetapi selepas 20 tahun kami terus mengetuk pintu, sedikit demi sedikit, media berubah. Ini telah membawa kesedaran bahawa kami perlukan sebuah pertubuhan yang kami mulakan, dipanggil ‘GATE’ yang merupakan singkatan bagi Perikatan Global untuk Hiburan Transformasi. Idea di sebalik pertubuhan ini adalah mengumpulkan orang-orang yang sedar dalam bidang hiburan itu di sebelah kreatif dan perniagaan, orang-orang yang memahami kesedaran, memahami transformasi – dan jemput mereka ke forum ini untuk belajar, berbincang, berkongsi idea, sumber, projek, wang dan sebagainya – untuk bantu melahirkan jenis projek ini dengan lebih senang dalam konteks bidang hiburan arus perdana. Jadi rancangan kami sekarang adalah mengadakan mesyuarat sulung GATE pada musim luruh. Tajuk pembentangan itu ialah ‘Mengubah Dunia dengan Mengubah Media dan Hiburan’. Apa yang kami mahu semua orang lakukan adalah berkumpul dan mula bincangkan nilai media, keperluan terhadap nilai media yg baharu. Saya nak sebut juga, pada suatu ketika saya bercakap dengan Fritjof Capra, pengarang ‘Tao Ilmu Fizik, Titik Perubahan’. Beliau sebut sesuatu dalam surat yang saya rasa memang penting. “Bayangkan jika daripada hanya atau terutama gunakan set minda rasional, analitik, reduksionis, linear untuk mencipta berita, bagaimana jika kita gunakan set minda intuitif, holistik, tidak linear dan sintesis.” Ada begitu banyak projek di dunia hari ini, di seluruh dunia. Semasa saya pergi ke sana sini, membuka filem, saya bekerja bersama Eckhart Tolle dan nampak sambutan kepada Eckhart Tolle – siar web Oprah, 20 juta orang. Apabila saya lihat ini berlaku, adalah jelas dan nyata bahawa tahap kesedaran telah meningkat dengan secukupnya. Kita mahukan lebih banyak daripada apa yg Hollywood dan media berita korporat berikan kepada kita setakat ini. Jadi keadaan telah berubah. Saya rasa sangat optimistik. Saya ingin… kerana kalian sangat sabar hari ini dan saya pasti kita boleh habiskan dua minggu yang seterusnya untuk bincangkan pelbagai isu ini tetapi saya ingin minta kalian supaya memikirkan ini: dengar media di dalam. Sumber kebijaksanaan yang penting ialah media di dalam diri setiap drpd kita – impian, renungan, imaginasi, pengalaman, pendedahan, taakulan, pandangan, emosi, intuisi dan ilham. Sementara kita boleh mendapat data dari dunia luar, proses dalaman kitalah yang berikannya nilai. Jadi pada era maklumat yang hanya merupakan kakofoni besar ini, jangan terlepas pandang sumber paling kaya mana-mana zaman, iaitu diri kita, iaitu setiap daripada kita dalam media. Jadi terima kasih. (Sangat bagus... diilhami Tuhan.) Terima kasih. Ya, memang. (Mahaguru Ching Hai, inginkah Guru memberi pendapat tentang isu media transformasi?) Master: Saya rasa betul kata-katanya. Itu sangat baik, En. John Raatz – idea yang sangat baik, arah yang sangat positif. Amat mengilhamkan dengar kata-katamu. Adalah benar apa yang dikatakannya. Hari ini, kita ada internet, ada e-mel. Jadi saya rasa betul kata-katanya – kita boleh sendiri menjadi media yang ingin kita jadi. Jadi ini idea yang sangat baik, idea yang sangat baik. Jadi kita semua boleh menjadi wartawan sekarang. Dalam sistem CNN, mereka juga ada iLaporan. Orang yang menonton televisyen sendiri melaporkannya. Jadi mengapa tidak? Sebab itulah saya kata kita semua berusaha sedaya upaya, mencetak semua maklumat yang kita peroleh tentang kecemasan planet ini dan penyelesaiannya untuk menyelamatkan planet ini. Kita lakukan tugas media. Sangat bagus, En. John. En. John, teruslah buat begitu. Terima kasih banyak-banyak. Adakah kamu vegetarian? (Ya.) (Sangat bagus!) Wau, saya dah tahu! Syabas! Mengapa saya tanya: kerana kamu begitu bermakrifat. Cara kamu bercakap adalah sangat sedar dari segi rohani, jadi saya rasa kamu pasti telah menjadi vegetarian untuk suatu tempoh masa sebelum ini. Terima kasih banyak-banyak kerana lakukan apa yang dikatakan. Mereka orang yang menawan, hari ini, kan? (Ya.) Kalian kumpulkan semua orang yang menawan. Saya begitu gembira mengenali mereka. Terima kasih, Jane. Itu pasti tarikanmu. Kamu seperti magnet. (Terima kasih banyak-banyak, Mahaguru.) Photo Caption: “Benih Kecil Purba akan Menjadi Pokok Pelindung Gergasi untuk Generasi Hadapan.”











